Selasa, 10 Mac 2015

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM SEDAP

Resepi kuih badak berendam yang sangat sedap dan mudah serta bagaimana cara membuat kuih badak berendam dan resepi.

Sebelum itu apa salahnya kita mengetahui lebih lanjut mengenai kuih badak berendam ni.

SEJARAH RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Kuih badak berendam juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan dan kuih tradisional yang sangat popular di kalangan kaum melayu di Malaysia , terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih badak berendam dibuat daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur nisan tetapi bahagian tepung ini dibuat tawar sebab ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Selalunya kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Berikut merupakan beberapa resepi yang diambil dalam beberapa laman dan ianya sangat sedap

Resepi Kuih Badak Berendam

Bahan untuk inti kelapa kuih Badak Berendam:
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup
rasa
1 helai daun pandan

Cara membuat inti kelapa:
1.Masak gula melaka & gula pasir
bersama air hingga gula larut.
2.Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api.
3.Akhir sekali, masukkan tepung
jagung dan digaul rata hingga inti
pekat.
4.Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Bahan untuk kuah Kuih Badak Berendam
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau
tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup
rasa

Cara membuat kuah:
Satukan semua bahan lalu dikacau
sehingga pekat.

Bahan untuk kulit Kuih Badak Berendam:
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)
1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)

Cara membuat kulitnya:
1. Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain.
2. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. 3. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan.
4. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang
mendidih itu.
5. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap.
6. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.
Anda boleh mencuba resepi kuih badak berendam ni. Semoga berjaya :)


Ahad, 1 Mac 2015

resepi donut yang gebu..lembut dan sedap ..insyaallah

1. bulat2 kan doh....letak atas dulang yang ditabur tepung...biarkan 5-10 minit supaya ia kembang sikit 
2. lepas 10 minit doh sedikit kembang...
3. kemudian leperkan doh sekali tekan je ye 
4. nilah cara saya..guna apa yang ada dlm umah..guna penutup botol tuk lubangkan donat
5. Biarkan donat 20-30 minit ...agar ia kembang sekali ganda...
6. donut kembang sekali ganda...panaskan minyak kemudian kurang suhu api siap tuk digoreng
7. nilah donat yang siap digoreng...Selamat Mencuba

Assalamualaikum...hari ni nak share resepi donut yang gebu dan lembut... insyaallah...semoga ia memberi manfaat pada sahabat2 semua...

resepinya 
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...

Caranya : saya guna mixer

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunankemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga #maaf lupa namanya..

#tips yang uli tangan
masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...

tips saya bentukkan doh

saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye 

#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban 

bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli

tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan 

takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan da bolehla di bentukkan

Jumaat, 27 Februari 2015

Resepi Nasi Ayam Sedap#yummy



Resepi Nasi Ayam yang memang pasti
sedap #yummy.. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya!!

Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit
| Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan
lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan
halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam
sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan
perap selama 1/2 jam (rujuk bahan
perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan
api sederhana seketika, angkat dan
sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah
tumis(*), daun pandan, serai, halia
serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan masak seketika
sehingga naik aroma dan bau.
Masukkan air rebusan ayam, garam
dan kunyit secukupnya. Masak nasi
seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
1. Rebus air rebusan ayam bersama
rempah sup bunjut, bawang besar,
dan masukkan garam secukup rasa.
Taburkan dengan bawang goreng dan
hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk
menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
1. Campurkan semua bahan untuk kicap
dan masak seketika. Sejukkan
sebelum dihidang.

Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama
kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi
ayam akan mudah hancur ketika
menggoreng.

Selasa, 17 Februari 2015

KUIH LAPIS LAZAT DAN MUDAH



Percubaan pertama buat kuih ni.Petang tadi bosan sangat tak tahu buat apa,bukak laptop cari resepi kuih.Nak buat kuih pon kena pikir gak bahan-bahan apa yang ada kat dapur.Jangan main hentam jer kan?huhu.Kebetulan stok telur dan mentega pon abis.Jadi kena cari resepi yang tak perlukan telur dan mentaga..
Jeng...jeng..jeng...tak lain tak bukan Kuih Lapis...!
Salin resepi cepat-cepat terus masuk dapur buat..
Akhirnya alhamdulillah menjadi.....yea..

*Resepi dari myresepi.com.my (tulip77) tak silap saya.
Bahan-bahan :

 - 1 cawan tepung gandum (semua jenama boleh)
- 1/2 cawan tepung beras (semua jenama boleh)
- 1 cawan gula (kurangkan manis jika perlu)
- 4 cawan santan (kalau santan kotak guna 2 cawan santan + 2cawan air)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit pewarna (apa jua warna)

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan blendkan supaya semua sebati.
2. Tapiskan adunan tersebut.
3. Bahagikan adunan kepada 2 adunan.Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.
4. Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan bila masak,letakkan plastik di dalam loyang.
5. Letak adunan dalam loyang dan kukus selama 10minit.
6. Dan seterusnya letak adunan lain.Kukus selama 3-5minit.Buat sampai adunan habis.
7. Lapisan terakhir kukus selama 20minit untuk semua adunan masak.
8. Tunggu kuih sejuk dulu baru potong.Jika tidak bila potong kuih jadi tak cantik.

Tips : Guna pisau plastik bila potong supaya tekstur kuih tu cantik ataupun guna benang. sy guna benang..=)
Bila dah sejuk cepat-cepat potong dan makan..

okeh itu jer resepinya.Mudah sangat... =)
selamat mencuba..!

Sabtu, 14 Februari 2015

Resepi Nasi Minyak Mudah & Sedap

Assalamualaikum...
Minggu ni bz sikit dgn jemputan kenduri kahwin maklumlah dah nak dekat cuti raya cinakan jadi di kesempatan ini saya nak kongsikan sedikit resepi nasi minyak mudah dan sedap..



Resepi nasi minyak jus oren

Bahan-Bahan

1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
Air sama sukatan ngan beras (5 pot beras, air 5 pot juga)
1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi
1 labu bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
2 kiub pati ayam
2-3 helai Daun pandan simpul
1 cawan susu cair )
2-3 sb jus oren sunquick
sedikit daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren, sedkit gajus dan kismis. (Tinggal sedikit untuk hiasan)
Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina.Tujuannya supaya dapat membangkitkan aroma.
Bila menghidang taburkan gajus, kismis dan daun pudina sebagai hiasan.

Jumaat, 9 Januari 2015

RESEPI KEK BATIK ALA-ALA SIMPLE GITU #MURAH DAN SEDAP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya aida tapi lebih senang digelar retak hati dan ini menjadi kali pertama saya menulis blog, sejujurnya saya agak takut dan gementar tapi ini akan menjadi satu perkara baru dalam hidup saya.. Sekiranya ada kesilapan di sepanjang coretan saya, harap di maafkan.. saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan... Saya rasa saya tidak mahu membuang masa anda semua untuk membaca pengenalan dari saya, jadi saya teruskan dengan resepi kek batik ala-ala simple gitu #murah dan sedap...

Resepi ini saya ambil dari nenek saya, makcik sebelah ayah saya, dan kawan saya lalu saya gabungkan ketiga-tiga resepi ini menjadi resepi saya sendiri...  Oleh kerana resepi mereka yang berbeza-beza dan setiap resepi yang mereka kongsikan kepada saya semuanya ada kelebihan masing-masing jadi saya ambil kelebihan dalam setiap resepi tu dan menjadi resepi saya sendiri... Pandai tak saya..? hahahaha... Tapi resepi saya senang jer sebab hanya memerlukan kos yang murah memandangkan harga barang yang semakin naik jadi saya lebih senang menggunakan barang-barang yang lebih murah harganya.. Seperti prinsip arwah abah saya "the cheaper the better".. Tapi tak semua benda atau barang yang kita nak beli kita boleh guna prinsip tu...Jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.. hehehe..

Berbalik kepada resepi membuat kek batik ala-ala simple gitu #murah dan sedap, antara bahan-bahan yang saya gunakan adalah barang-barang yang mempunyai harga yang murah dan berpatutan...

Antara bahan-bahannya adalah:


 1 peket biskut marie
 (tak kisah jenama apa pun tapi saya guna biskut marie jenama HWA TAI sebab lebih murah harganya cuma RM3.99)

2 cawan ovaltine
(sepatutnya letak milo tapi saya lebih memilih untuk letak ovaltine kerana harganya lebih murah berbanding milo harganya cuma RM5.90 dan rasanya lebih kurang sama seperti milo)

1 pek majerin
 (tak kisah jenama apa pun tapi saya guan jenama majerin istimewa sebab harga dia lebih murah harganya cuma RM2.19)

1/2 tin susu pekat manis @ kalau suka manis boleh letak 1 tin
(tapi saya letak 1/2 tin je sebab jaga kesihatan, susu pekat manis tu tak kisah jenama apa pun tapi saya lebih memilih susu pekat manis jenama seri rasa sebab  lebih murah kerana harganya cuma RM2.40)

Itulah antara bahan-bahan yang saya gunakan dalam membuat kek batik ala-ala simple gitu #murah dan sedap... murahkan..? hehehe... yang penting bahan yang saya gunakan halal dan selamat untuk dimakan... ok saya teruskan dengan cara membuat kek batik ala-ala simple gitu #murah dan sedap..

antara cara-caranya adalah:
1- patah-patahkan biskut marie tu sehingga menjadi seperti ini


                                                           setelah itu ketepikan...

2- panaskan kuali dan cairkan majerin tadi, kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati... (mengikut keselesaan masing-masing samaada mahu menggunakan kuali atau periuk semasa membuat kek batik, saya lebih selesa menggunakan kuali)



3- kemudian masukkan 2 cawan ovaltine tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga menjadi likat  supaya tidak berketul-ketul..



4- seterusnya, masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan tadi ke dalam kuali dan gaul bersama campuran marjerin,susu dan ovaltine tadi, menggunakan api yang perlahan.. tetapi jangan terlalu lama kerana ia akan membuatkan biskut tadi menjadi lembik...



5- akhir sekali, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, tetapi sebelum itu ratakan permukaan kek dengan mengunakan sudu.. setelah itu masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan kek selama 4 jam.. selepas itu bolehlah kek tersebut di potong dan di makan bersama-sama keluarga tercinta..

                                            SETELAH 4 JAM.. INI LAH HASILNYA o.O







                                                   selamat menjamu selera ^_^
                              resepi kek batik ala-ala simple gitu #murah dan sedap